Sunday, December 23, 2012

KAMI NAK CUTI !


Hola everybody ! ikutkan cerita hari ini banjir dekat kuantan kelantan terengganu dan bla bla bla. Tapi nie semua tiada kaitan dengan diriku. HAHAHA

Memandangkan sem nie adalah sem akhir untuk kami bersama sama dekat jengke tue *insyaallah. So kami orang plan la nak pegi bercutilah kann. Mari sini aku cerita antara tempat tempat menjadi pilihan hati merekaa. 

   

             1.
this is PANGKOR ! tempat pilihan HANISAH ZAHRI

Jujur aku cakap, memang kalau boleh nak pegi, tapi apakan dayaku, terlalu MAHAL ! Maybe kite bole pegi lain kali kot nisah. Time reunion nanti. heee *peace
        
      
             2.
.
Pilihan AISYAH TIOMAN ?

Tempat dia memang lah tersangat chantek woi, tapi dia direject jugak, sebab lebih mahal dari pangkor tadi. hahhahaa


             3.



Yang ini aku dengan ALIA punyer kerja

Sebabkan nak tempat yang murah, so aku rasa sini pun terbaikkk gak kot. Macam macam ade. hahaha. oke next ..... *taknak comment banyak.

         
            4.

              
INI PILIHAN KAMI :)

Setelah kata sepakat dibuat, kami pilih nak pegi gambang then terus ke cherating lepak lepak dekat sana. Mungkin cara nie boleh cut banyak cost cost yang tak sepatutnyer. Maybeeeee..


Sebenarnyer ada kaitan dengan banjir hari ini dekat kuantan tue dengan aku, sebab nyer kalau kuantan tue still banjir, acaner kami orang nie nak kesana. haaa. Tapi taktahu la kalau tempat yang nak pegi nie takde kaitan dengan banjir tue semua. *berharap


Last aku cuma harap, apa yang dah di plan kan nie menjadi la yea. Sebab nyer nie last sem kot korang. Support la sikit hanisah yang beria ria plus semangat tue ~~ 






Saturday, July 14, 2012

picnic time !



      Berita paling gembira yang semua student nak dengar keluar dari mulut lecturer mereka adalah apabila diberi tahu bahawasa nyer CLASS CANCEL ! dikesempatan itu juga, kami mengambil perkara itu sebagai satu peluang untuk memenuhi hari hari kami yang kosong kosong *bak kata najwa latif. AHAHAHA 


   Pengalaman kedua aku mandi sungai bersama mereka. Seronok juga walaupun tak ramai yang ada. Walaupun yang konon nyer ramai nak pergi pastu adahal la, dan macam macam lagi. Well biasa lah budak ac110 5A kann, semua dah berubah. HAHAHA. Tapi takpe lain kali kita pergi sama sama pula yea. 




   Antara muka mereka yang excited sampai taknak balik :p





   


satu satu nyer lelaki yg ikot kami
yang lain BUSY !

Thursday, June 28, 2012

HASIL PERAHAN OTAK



  Setelah penat memerah otak. Ini hasil nyer, name tag for kem persida. Suka tak suka, cantik tak cantik sila jgn bagitahu saya oke. First time buat weyh ~~

                                                                       DIPILIH


\
 DIPILIH




* TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG MEMBANTU JUGA :)

Friday, June 22, 2012

AKU KINI PELAJAR NON RESIDENT.




  Sudah hampir dua minggu aku di JENGKA TERCINTA ini. HAHAHA! Banyak yang dah berbeza dekat sini. Bermula nyer dengan kini aku telah secara rasmi nyer menetap diluar kawasan kampus. Hidup dirumah sewa ini mungkin boleh la nak mematangkan diri aku, kot la. HAHAHA *dusta sgt ! First time jejakkan kaki dekat rumah nie, ada timbul macam-macam perasaan yang bercampur bau. Duduk dkt luar nie, tak sama mcm dekat dlm kompleks, takbole singgah bilik ke bilik. Ini la yg taksyokkk! Kadang-kadang tue rasa bosan jugak la, tak kemana mana, duduk t'perap dlm rumah je. Nasib baik ada astro, klau tak mati kutu la aku dekat sini, dah la line internet dy slow gler. Hampeh betul ! Apa apa pun rumah itu bukan la satu isu yg besar sangat, yg penting datang sini nak BELAJAR ! ;)

Saturday, June 2, 2012

saya nak CUTI !




  Pejam celik pejam celik dah nak habis pun cuti sem kali nie. Lepas ini nak kena balik JENGKA, nak kena STUDY. Ouh mannn !! Kemalasan aku nak pulang ke jengka, nak sama tebal dengan kamus LONGMAN yang entah mana aku letak pun aku tak ingat. Pun boleh kan.

  Cuti sem kali ini tak kemana pun, takde bercuti dimana mana. Hanya dirumah menjadi babysitter. heh ! 

  Dipendekkan cerita, azam baru perlu ada bile nak masuk nextsem nie. So, seperti selalu aku cakap dengan diri aku, study hard, jangan main main macam selalu, focus bile belajar dan bla bla bla..

  To all my beloved friends, thank you so much, sebab membuang masa sama sama dengan aku sepanjang cuti aku ini. Nanti lain kali kita jumpa lagi yea. 

*photo from ekin's blog*

  Buat kawan kawan jengka aku, kita jumpa minggu depan. JANGAN LEWAT KE KELAS MACAM SELALU YEA. HAHAHA :P

Saturday, May 26, 2012

special entri for ex-5R = REUNION jadi tak jadi




    19 Mei 2012, ikutkan tarikh yang dah dipilih atas persetujuan ramai untuk adakan REUNION. Tapi aku tak tahu lah macam mana dorang semua nie boleh cancel last minute. Ada itu yang langsung tak dapat di kesan. Hampeh betul semua. 

   Sebabkan bende itu aku yang plan pada awal nyer, dan di sambung oleh sharul, so memang kita orang wajib la ada kan. Walaupun ramai yang tak datang, tapi reunion tetap jalan. FYI to all ex-5 Rajin, hanya ada AKU SHARUL dengan FAIEZ sahaja hari itu. 


  Taknak cerita banyak, aku seronok aje la hari itu. So kita orang ade buat sesuatu nak dijadikan kenangan dekat korang semua.  Korang boleh lah yea tengok dekat group tue. :)













Tuesday, April 10, 2012

SEKADAR INGATAN BERSAMA :)






   Aku dikecam hebat oleh beberapa friends dekat facebook, gara-gara mereka seperti nya tidak dapat terima apa yang aku cuba sampaikan kepada mereka. Inilah manusia mudah melatah, pantang ditegur terus nak melenting. Aku bukan la main melulu je, aku perhatikan juga dulu. Tapi mereka seperti tidak mahu menghiraukan la apa orang lain fikir. Update status dekat fb sampai kalau boleh 10 kali dalam sehari haa. Hello kawan tahu la pkai SMARTPHONE, tapi takperlu la kot over macam itu sekali kann. Aku pun pakai juga ~~

   Aku nak tunjuk dekat korang antara orang yang sangat la takpuas hati dengan status fb aku. Dorang takpuas hati bukan apa, sebab mereka lah pelaku itu.







   Aku harap orang akan faham dengan apa yang aku cuba sampaikan. Takde niat sikit pun nak menjatuhkan sesiapa pun. Hanya nak bagitahu yang kita takperlulah kot nak cerita segala benda dekat facebook tue. Nanti, jangan sampai terdedah aib sendiri.

  Lepas nie kalau ada yang agak menyampah dengan aku boleh la REMOVED or UNFOLLOW. Aku tak kesah, skit pun tak terasa, tapi aku tak mungkin akan removed korang, sebab buruk mana pun korang, korang tetap kawan aku :)

Monday, April 9, 2012

ORANG KAYA


 Bercakap pasal kaya, aku sure semua orang dekat luar sana nak jadi kaya kannn ? Siapa aje taknak jadi kaya weyh ? Tapi apa yang aku nak cakap bukan lah pasal angan-angan aku nak jadi kaya ke apa. Tadi aku ada post something kat twitter. 


                                             

   Aku tak suka orang kaya bukan sebab banyak sangat tengok drama dekat tv yang orang kaya tindas orang miskin itu semua. Pastinya tidak la kan. Aku bukan nak cakap semua orang yang kaya dekat luar sana itu jahat, bukan macam itu. Aku cuma tak suka cara mereka, yang kadang-kadang agak menyakitkan hati. Cara dorang bercakap, seolah-olah mereka saja yang betul. Mereka rasa mereka takbole bercampur dengan sesetengah orang nie sebabkan mereka kaya.DARRRRRR ! dan banyak lagi. Aku taktau nak describe lebih-lebih macam mana, dan kenapa aku tak suka. Tapi hakikat nya aku tak suka fullstop

   Ada juga antara kawan-kawan aku anak orang kaya, aku senang je kawan dengan dorang nie.  Takde la aku nak cakap yang aku tak suka dengan dorang ini semua kann.(oke jaga hati :P) HAHAHA 

  Kalau boleh suatu hari nanti, biar aku tak kaya mana pun aku tak kisah. Asalkan aku dapat hidup dengan bahagia cukup la. Aku pun tak pernah impikan nak kawen dengan orang kaya. Macam kata kawan aku yang sorang ini, asal dapat yang mampu pun oke dah.

                                             

  Mungkin yang buat aku tak suka sebab aku banyak nampak keburukan dari kebaikan. Kadang-kadang tue aku ingat tak semua antara mereka sama. Tapi aku silap. Memang mereka semua sama sahaja. Aku cuma cakap apa yang aku rasa je, takde niat nak sakitkan hati siapa siapa pun. So, pada mana mana orang kaya yang baca, ceeewaaah. Jangan terasa hati or tersakit hati pula yea :) 

    *ME JUST SAYING ~~ SEKIAN ~~

Thursday, April 5, 2012

ISSUES FLAT A4


ISSUE 1 :

  Kata orang hidup berjiran kenalah saling berkerjasama antara satu sama lain tolong menolong, hormat menghormati. Itu semuakan perkara asas yang semua orang patut tahu, dan bukan sahaja tahu tapi amalankan. Kalau kita semua asyik dengki dengan kehidupan orang lain macam mana nak ada semangat kejiranan ini semua. Hello ? peliss la sedar sikit.



 sangat comel bukan ?

ISSUE 2 :

  Kucing adalah satu makhluk yang sangat comel. YA ! memang kecomelan tak dapat di sangkal lagi. Ada orang cakap dengan bela kucing ini dapat hilangkan stress, bila kita dapat belai bulu kucing itu lah. Tapi kadang kadang itu kucing juga boleh buat ramai orang stress ! Kalau hanya tahu bela, tapi tak tahu macam mana nak jaga dengan betul baik tak payah kan ? Jangan sampai orang lain pula nak kena jaga kucing yang mereka tak bela. 


ISSUE 3 :

 Setiap perkara yang kita buat pasti ada sebabkan ? Macam apa yang dah ayah aku buat dekat rumah kami, ada sebab nya, bukan suka suka oke. Kalau ditanya kenapa family aku pasang pagar kiri kanan dekat area rumah aku, kami boleh bagi satu sebab yang pasti satu flat ini pun sokong. Itu pun dikatakan halangan, meraka kata lah. Tapi biasalah, tak semua orang akan suka dengan apa yang kita lakukan, sebab mereka takpernah rasa senang dengan apa yang orang lain lakukan.


Al-kisah bermula :

 Kalau ada yang baca aku sure korang semua pening. Mana tidak nya, mula mukadimah aje pasal jiran, then masuk pasal kucing tak pasal pasal tiba tiba ending pasal halangan bagai. Cerita ini semua bermula pagi tadi 5 april 2012 dalam jam 11.00 kalau tak silap lah. Ada sekumpulan orang yang berkerja di sebuah jabatan, ouh takperlu mention oke. Mengarahkan kami supaya membuka pagar di kiri dan kanan rumah kami. Kata mereka ada yang kurang senang dengan apa yang kami lakukan itu. Malas nak cerita panjang, sebab bende ini simple aje, kalau tak ada orang orang yang busuk hati, dengki dengan kita, tak senang dengan apa yang kita lakukan, pasti semua ini tak berlaku. 




Flat wangsa maju. Tapi ini bukan blok aku la, saja nak tunjuk bentuk rumah aku, and nak bagi korang imagine macam mana ayah aku letak pagar kiri kanan dekat area rumah aku. 
                     

Pesanan dari anak pakcik YUSOF :

  Pakcik makcik akak abang semua, kita hidup berjiran tak perlu la nak meyusahkan antara satu sama lain. Saling bersatu padu itu kan lebih elok dari bermusuhan. Tak gitu :)

Sunday, April 1, 2012

APA ITU BAHAGIA :)



Tahukan anda apa itu bahagia ?
Pernahkan anda rasa tidak bahagia ?
Bagaimana erti kebahagian sebenar ?


*Pinjamkan minit minit anda, dan mari tonton video ini :)





Kisah yang dekat dengan diri aku

Sunday, January 29, 2012

DIRI SENDIRI

                

RINDU KORG SEMUA SANGAT-2 :)



Klau ikut kan sekarang tepat jam 1:12 a.m.Dalam tgh sibuk buat assigment bel aku teringatkan sesuatu.Aku teringat masa sekolah dulu.Dengan apa yang dah jadi sekarang aku rasa macam nak pergi zaman sekolah dulu.Hidup aku kat sekolah dulu senang je, tak fikir banyak benda pun.Tak pernah rasa serabut otak pun.Hari ini 30 January, baru aku perasan yg aku dah bnyk berubah.Hala tuju aku dah berubah, matlamat aku sudah mula hilang.Orang kata hidup ibarat roda, so biasa la kan turun naik nie kan.Memang aku perasan yg sekarang nie aku berada kat bawah.Lebih kurang dalam 3 minggu lepas mmg membahagiakan aku la kan,tapi lepas 2 minggu kemudian hampeh smue nyer.Apa yg nak ckp skrng nie adalah..SUMPAH AKU FRUST WEYH ! 

Wednesday, January 18, 2012

HAPPY BIRTHDAY TILA :)



    Today is my birthday,tapi kalau di ikut kan jam skrng it is not my birthday anymore.Nak cerita before and after birthday la.Mari sini dengar story saya.Sebelum date 18 January,abis semua orang aku suruh ingat esok nyer hari apa. :P HAHAHAHAHAHA .Macam biasa lah kan, dorg suke sangat mempermainkan aku, konon esok TIADA RABU UNTUK MEREKA LA , bla bla bla.
     Rabu tue tetap muncul juga, hahaha (gelak untuk mrke).Aku taklah harapkan birthday surprise itu semua.Malu la benda-2 macam tue.Mereka smue ajak celebrate dekat KFC, oke aku follow aje lah.Memandangkan ada 5 orang yang lahir dalam bulan JANUARY nie, so dOrg decide nak buat sekali lah kan.Kesian AFIQA DAUD birthday 31,tapi kena celebrate hari yang sama dgn aku. bhahahaha.
     Moment yg paling tak bole bla,yang tak akan aku lupa kan.Time dorg smue suruh aku snap picture dgn PIE,dah macam apa dah.Sampai 3 ke 4 org haa yang snap pic aku, perghhhh !!! mcm ARTIS plak rasa nyerr :P.Btw kawan-2 jgn buat sesuatu yang melampau yea.Takut org lain terasa hati pula nanti.
     Apapa pun,thank you so much sebab sudi celebrate birthday aku :).Korg memang terbaikk la !


     *MARI TENGOK APA ADA DALAM FOLDER PICTURE CAX



kami capricorn
*btw ada sorg lagi tertinggal 

No comment about this picture
Part yang pling dorg ske .
*ada bnyk lagi dlm dslr zati amin yg perlu aku delete*