Tuesday, April 10, 2012

SEKADAR INGATAN BERSAMA :)






   Aku dikecam hebat oleh beberapa friends dekat facebook, gara-gara mereka seperti nya tidak dapat terima apa yang aku cuba sampaikan kepada mereka. Inilah manusia mudah melatah, pantang ditegur terus nak melenting. Aku bukan la main melulu je, aku perhatikan juga dulu. Tapi mereka seperti tidak mahu menghiraukan la apa orang lain fikir. Update status dekat fb sampai kalau boleh 10 kali dalam sehari haa. Hello kawan tahu la pkai SMARTPHONE, tapi takperlu la kot over macam itu sekali kann. Aku pun pakai juga ~~

   Aku nak tunjuk dekat korang antara orang yang sangat la takpuas hati dengan status fb aku. Dorang takpuas hati bukan apa, sebab mereka lah pelaku itu.







   Aku harap orang akan faham dengan apa yang aku cuba sampaikan. Takde niat sikit pun nak menjatuhkan sesiapa pun. Hanya nak bagitahu yang kita takperlulah kot nak cerita segala benda dekat facebook tue. Nanti, jangan sampai terdedah aib sendiri.

  Lepas nie kalau ada yang agak menyampah dengan aku boleh la REMOVED or UNFOLLOW. Aku tak kesah, skit pun tak terasa, tapi aku tak mungkin akan removed korang, sebab buruk mana pun korang, korang tetap kawan aku :)

Monday, April 9, 2012

ORANG KAYA


 Bercakap pasal kaya, aku sure semua orang dekat luar sana nak jadi kaya kannn ? Siapa aje taknak jadi kaya weyh ? Tapi apa yang aku nak cakap bukan lah pasal angan-angan aku nak jadi kaya ke apa. Tadi aku ada post something kat twitter. 


                                             

   Aku tak suka orang kaya bukan sebab banyak sangat tengok drama dekat tv yang orang kaya tindas orang miskin itu semua. Pastinya tidak la kan. Aku bukan nak cakap semua orang yang kaya dekat luar sana itu jahat, bukan macam itu. Aku cuma tak suka cara mereka, yang kadang-kadang agak menyakitkan hati. Cara dorang bercakap, seolah-olah mereka saja yang betul. Mereka rasa mereka takbole bercampur dengan sesetengah orang nie sebabkan mereka kaya.DARRRRRR ! dan banyak lagi. Aku taktau nak describe lebih-lebih macam mana, dan kenapa aku tak suka. Tapi hakikat nya aku tak suka fullstop

   Ada juga antara kawan-kawan aku anak orang kaya, aku senang je kawan dengan dorang nie.  Takde la aku nak cakap yang aku tak suka dengan dorang ini semua kann.(oke jaga hati :P) HAHAHA 

  Kalau boleh suatu hari nanti, biar aku tak kaya mana pun aku tak kisah. Asalkan aku dapat hidup dengan bahagia cukup la. Aku pun tak pernah impikan nak kawen dengan orang kaya. Macam kata kawan aku yang sorang ini, asal dapat yang mampu pun oke dah.

                                             

  Mungkin yang buat aku tak suka sebab aku banyak nampak keburukan dari kebaikan. Kadang-kadang tue aku ingat tak semua antara mereka sama. Tapi aku silap. Memang mereka semua sama sahaja. Aku cuma cakap apa yang aku rasa je, takde niat nak sakitkan hati siapa siapa pun. So, pada mana mana orang kaya yang baca, ceeewaaah. Jangan terasa hati or tersakit hati pula yea :) 

    *ME JUST SAYING ~~ SEKIAN ~~

Thursday, April 5, 2012

ISSUES FLAT A4


ISSUE 1 :

  Kata orang hidup berjiran kenalah saling berkerjasama antara satu sama lain tolong menolong, hormat menghormati. Itu semuakan perkara asas yang semua orang patut tahu, dan bukan sahaja tahu tapi amalankan. Kalau kita semua asyik dengki dengan kehidupan orang lain macam mana nak ada semangat kejiranan ini semua. Hello ? peliss la sedar sikit.



 sangat comel bukan ?

ISSUE 2 :

  Kucing adalah satu makhluk yang sangat comel. YA ! memang kecomelan tak dapat di sangkal lagi. Ada orang cakap dengan bela kucing ini dapat hilangkan stress, bila kita dapat belai bulu kucing itu lah. Tapi kadang kadang itu kucing juga boleh buat ramai orang stress ! Kalau hanya tahu bela, tapi tak tahu macam mana nak jaga dengan betul baik tak payah kan ? Jangan sampai orang lain pula nak kena jaga kucing yang mereka tak bela. 


ISSUE 3 :

 Setiap perkara yang kita buat pasti ada sebabkan ? Macam apa yang dah ayah aku buat dekat rumah kami, ada sebab nya, bukan suka suka oke. Kalau ditanya kenapa family aku pasang pagar kiri kanan dekat area rumah aku, kami boleh bagi satu sebab yang pasti satu flat ini pun sokong. Itu pun dikatakan halangan, meraka kata lah. Tapi biasalah, tak semua orang akan suka dengan apa yang kita lakukan, sebab mereka takpernah rasa senang dengan apa yang orang lain lakukan.


Al-kisah bermula :

 Kalau ada yang baca aku sure korang semua pening. Mana tidak nya, mula mukadimah aje pasal jiran, then masuk pasal kucing tak pasal pasal tiba tiba ending pasal halangan bagai. Cerita ini semua bermula pagi tadi 5 april 2012 dalam jam 11.00 kalau tak silap lah. Ada sekumpulan orang yang berkerja di sebuah jabatan, ouh takperlu mention oke. Mengarahkan kami supaya membuka pagar di kiri dan kanan rumah kami. Kata mereka ada yang kurang senang dengan apa yang kami lakukan itu. Malas nak cerita panjang, sebab bende ini simple aje, kalau tak ada orang orang yang busuk hati, dengki dengan kita, tak senang dengan apa yang kita lakukan, pasti semua ini tak berlaku. 




Flat wangsa maju. Tapi ini bukan blok aku la, saja nak tunjuk bentuk rumah aku, and nak bagi korang imagine macam mana ayah aku letak pagar kiri kanan dekat area rumah aku. 
                     

Pesanan dari anak pakcik YUSOF :

  Pakcik makcik akak abang semua, kita hidup berjiran tak perlu la nak meyusahkan antara satu sama lain. Saling bersatu padu itu kan lebih elok dari bermusuhan. Tak gitu :)

Sunday, April 1, 2012

APA ITU BAHAGIA :)



Tahukan anda apa itu bahagia ?
Pernahkan anda rasa tidak bahagia ?
Bagaimana erti kebahagian sebenar ?


*Pinjamkan minit minit anda, dan mari tonton video ini :)





Kisah yang dekat dengan diri aku