Thursday, April 5, 2012

ISSUES FLAT A4


ISSUE 1 :

  Kata orang hidup berjiran kenalah saling berkerjasama antara satu sama lain tolong menolong, hormat menghormati. Itu semuakan perkara asas yang semua orang patut tahu, dan bukan sahaja tahu tapi amalankan. Kalau kita semua asyik dengki dengan kehidupan orang lain macam mana nak ada semangat kejiranan ini semua. Hello ? peliss la sedar sikit.



 sangat comel bukan ?

ISSUE 2 :

  Kucing adalah satu makhluk yang sangat comel. YA ! memang kecomelan tak dapat di sangkal lagi. Ada orang cakap dengan bela kucing ini dapat hilangkan stress, bila kita dapat belai bulu kucing itu lah. Tapi kadang kadang itu kucing juga boleh buat ramai orang stress ! Kalau hanya tahu bela, tapi tak tahu macam mana nak jaga dengan betul baik tak payah kan ? Jangan sampai orang lain pula nak kena jaga kucing yang mereka tak bela. 


ISSUE 3 :

 Setiap perkara yang kita buat pasti ada sebabkan ? Macam apa yang dah ayah aku buat dekat rumah kami, ada sebab nya, bukan suka suka oke. Kalau ditanya kenapa family aku pasang pagar kiri kanan dekat area rumah aku, kami boleh bagi satu sebab yang pasti satu flat ini pun sokong. Itu pun dikatakan halangan, meraka kata lah. Tapi biasalah, tak semua orang akan suka dengan apa yang kita lakukan, sebab mereka takpernah rasa senang dengan apa yang orang lain lakukan.


Al-kisah bermula :

 Kalau ada yang baca aku sure korang semua pening. Mana tidak nya, mula mukadimah aje pasal jiran, then masuk pasal kucing tak pasal pasal tiba tiba ending pasal halangan bagai. Cerita ini semua bermula pagi tadi 5 april 2012 dalam jam 11.00 kalau tak silap lah. Ada sekumpulan orang yang berkerja di sebuah jabatan, ouh takperlu mention oke. Mengarahkan kami supaya membuka pagar di kiri dan kanan rumah kami. Kata mereka ada yang kurang senang dengan apa yang kami lakukan itu. Malas nak cerita panjang, sebab bende ini simple aje, kalau tak ada orang orang yang busuk hati, dengki dengan kita, tak senang dengan apa yang kita lakukan, pasti semua ini tak berlaku. 




Flat wangsa maju. Tapi ini bukan blok aku la, saja nak tunjuk bentuk rumah aku, and nak bagi korang imagine macam mana ayah aku letak pagar kiri kanan dekat area rumah aku. 
                     

Pesanan dari anak pakcik YUSOF :

  Pakcik makcik akak abang semua, kita hidup berjiran tak perlu la nak meyusahkan antara satu sama lain. Saling bersatu padu itu kan lebih elok dari bermusuhan. Tak gitu :)

No comments:

Post a Comment